Serbuan Bastille (14 Julai 1789) Serbuan Bastille

Pada pagi 14 Julai 1789, kota Paris berada dalam keadaan yang cemas. Golongan yang memihak kepada Dewan Ketiga di Perancis, kini di bawah kawalan Militia Borjuis Paris (bakal Pengawal Negara keitka Revolusi Perancis), menyerbu Hôtel des Invalides tanpa sebarang halangan utama.[17] Mereka bertujuan mahu mengumpulkan senjata yang diadakan di sana (29,000 hingga 32,000 pucuk senapang lantak, tetapi tanpa serbuk senapang mahupun peluru). Komandan di Invalides pada beberapa hari sebelumnya telah mengambil langkah berjaga-jaga memindahkan 250 tong mesiu ke Bastille untuk penyimpanan yang lebih selamat.[18]

Ramai orang berkumpul di luar penjara sekitar pertengahan pagi memminta agar penjara diserahkan, meriam dilupuskan serta senjata api dan mesiu dialih keluar. Dua wakil orang ramai di luar diundang masuk melepasi benteng dan rundingan dimulakan, manakala seorang wakil lagi dibenarkan masuk sekitar waktu tengah hari dengan permintaan yang pasti. Rundingan berterusan sambil orang yang semakin ramai lama-kelamaan menjadi tidak sabar.[19] Pada sekitar jam 1:30 petang, orang ramai melonjak ke tanpa jaminan halaman luar yang tidak dilindungi. Suatu kumpulan naik ke atap sebuah gedung di sebelah pintu masuk halaman dalaman dan memecahkan rantai pada jambatan angkat lalu ia jatuh menghempap seorang vainqueur. Askar garison dipanggil orang ramai agar melepaskan mereka untuk namun kebisingan dan kekeliruan teriakan mereka disalahertikan sebagai galakan untuk masuk. Tembakan dilepaskan secara spontan, lalu orang ramai bergerak dalam satu gerombolan. Orang ramai seolah-olah tidak merasakan bahawa mereka telah sengaja ditarik ke dalam perangkap, lalu pertempuran menjadi lebih ganas dan kuat. Sambil itu pula, percubaan timbalan-timbalan mengadakan gencatan api telah diabaikan oleh penyerang.

Tembakan berterusan, dan setelah pukul 3:00 petang, penyerang telah diperkuatkan oleh sebahagian daripada golongan gardes françaises yang membelot bersama-sama dengan dua meriam. Sebahagian besar anggota Tentera Diraja berkhemah di Champ de Mars tanpa bercampur tangan.[20]Governor de Launay yang risau akan berlakunya kemungkinan pembunuhan beramai-ramai memerintahkan gencatan senjata pada pukul 5:00 petang. Surat menawarkan syarat-syarat beliau diserah keluar kepada pengepung melalui celah pintu gerbang. Tuntutan beliau ditolak, namun beliau tetap menyerah kalah kerana menyedari pasukannya semakin kekurangan stok makanan serta ketiadaan bekalan air sehingga tidak dapat bertahan lebih lama lagi. Beliau sewajarnya membuka pintu halaman dalam lalau golongan vainqueur datang menyerbu membebaskan kubu tersebut pada jam 5:30 petang.[21]

Berita pemberontakan yang berjaya di Paris itu merebak ke seluruh Perancis. Para penduduk berikutnya mengasaskan struktur bandar yang selari bagi pemerintahan awam dan militia untuk perlindungan awam tanpa mempedulikan kuasa pemerintahan beraja di kawasan tempatan mereka. Ramai penduduk di luar bandar turut melampaui batas: ada penduduk yang turut bakar geran milik mereka, malah sebilangan kecil châteaux mengalami peristiwa "Ketakutan Besar" (la Grande Peur)- serangan terhadap tuan-tuan tanah kaya yang tersebar di seluruh desa-desa berlanjutan dari 20 Julai hingga 5 Ogos didorong oleh kepercayaan bahawa golongan bangsawan cuba menghentikan revolusi.[22][23]